Tanda baca dan aksara khusus Tulisan Bali

Ada beberapa aksara khusus dalam aksara Bali. Beberapa di antaranya merupakan tanda baca, dan yang lainnya merupakan simbol istimewa kerana dianggap keramat. Antaranya ialah:

LambangHuraian
Carik atau Carik Siki. Ditulis pada akhir perkataan di tengah ayat. Fungsinya sama dengan tanda koma dalam tulisan Rumi. Juga dipakai untuk mengapit aksara anceng.
Carik Kalih, disebut juga Carik Pareren. Ditulis pada akhir ayat. Fungsinya sama dengan tanda noktah dalam tulisan Rumi.
Carik pamungkah. Ditulis pada akhir perkataan. Fungsinya sama dengan tanda titik bertindih dalam tulisan Rumi.
Pasalinan. Ditulis pada akhir penulisan karangan, surat dan sebagainya. Pada geguritan bermakna sebagai tanda pergantian tembang.
Panten atau Panti. Dipakai pada permulaan suatu karangan, surat dan sebagainya.
Pamada. Dipakai pada awal penulisan kitab suci, iaitu berharap agar segala yang diusahakan berjalan dengan lancar.
Ongkara. Lambang suci agama Hindu. Disebut "Ong" atau "Om".